Friday, 2 December 2011

Ayam Goreng Ala2 KFC . Nyum!nyum!

Budak-budak mesti suka, tak percaya cuba buat! ;)

Bahan-bahan :

1. Beberapa ketul ayam
2. Serbuk kari daging ( saya suka guna brand FAIZA )
3. Garam 
4. Tepung gandum or tepung serbaguna ( kadang2 dah ada garam kat tepung serbaguna ni,so kalau dah ada garam jangan tambah garam lagi ye! )
5. Minyak untuk menggoreng

Cara-cara :

1. Masukkan serbuk kari dan garam pada beberapa ketul ayam tadi.
2. Gaul rata dan perap seketika. ( agak2 dalam 1/2 jam )
3. Then, panaskan minyak. 
4. Setelah minyak panas, salutkan ayam yang dah diperap tadi dengan tepung sebelum dimasukkan dalam minyak. ( Jangan salut awal2,nanti tak jadi macam ayam kfc )
5. Goreng sampai masak.
6. Angkat dah hidangkan.

* Gambar nanti saya update ye! ;)

Pizza Emergency!! ;p



Kenapa saya panggil pizza emergency?Sebab it's not like normal pizza. Simple pizza je. Bahan pun guna yang ada kat dalam rumah.It's simple yet easy to prepare ! Ni bahan-bahan nak buatnya :


< Bahan untuk doh >
1. 2 cawan tepung gandum
2. 2 sudu teh yis
3. Sedikit garam
4. Sedikit gula
5. 2 sudu besar minyak sayur or olive oil
6. Air suam ( ikut  pada byk mana tepung gandum yang digunakan, agak2  )


Cara nak buat doh :
1. Campur semua bahan2 nombor 1 sampai 5.
2. Then,masuk air suam. Uli sampai doh tidak melekat di tangan masa diuli.
3. Setelah siap doh pizza, masuk doh dalam loyang hingga menutupi loyang. Biarkan sebentar 10minit supaya kembang sedikit.( Saya pulak buat mini pizza,so tak perlu tutup habis loyang )


Topping pizza :
1. Sos tomato
2. Sosej
3. Cheese 
4. Capsicum
5. Mixed herbs


* Taburler semua bahan2 kat atas ni atas doh.Lastly, bakar dalam oven 200 degree dalam 20-30 minit. Siap! ;)

Nasi Beriani and Potato Salad ;)


Inilah yang saya masak sempena birthday my son yang ke 7 semalam.Actually ada lagi 2 dishes,tapi tak sempat nak tangkap gambar. Here are the recipes for nasi beriani & potato salad.

Nasi Beriani 
6 cawan beras basmathi ( sukatan air : 1 cawan beras = 1 cawan air )
Rempah 3 sekawan
1 sudu besar rempah beriani ( saya guna brand FAIZA )
1 sudu besar jus oren ( tp saya guna jus lemon )
1 ketul gula batu
1 ketul kiub ayam
6 ulas bawang besar ( dikisar )
3 ulas bawang putih ( dikisar )
Air
Daun pudina
1/2 cawan susu cair
Minyak sapi ( untuk menumis )
Pewarna kuning telur

Cara memasak :
1. Panas minyak sapi, tumis bawang merah, bawang putih dan rempah 3 sekawan. Goreng sampai wangi dan naik bau.
2. Masukkan rempah beriani dan kacau rata.
3. Masukkan air, garam,daun pudina, gula batu, kiub ayam, jus oren/lemon dan masak hingga mendidih.
4. Selepas mendidih, masukkan susu cair dan beras basmathi tadi ke dalam periuk. Kacau rata dan biarkan kering.
5. Bila dah kering , titiskan sedikit pewarna kunig pada nasi. Tutup dan biarkan hingga nasi betul-betul masak.

< Potato Salad >
1. 3 biji kentang ( potong dadu,then rebus )
2. Plain yogurt
2. Yellow mustard sauce
3. Sedikit garam
4. Daun bawang
5. 1 biji bawang besar ( hiris nipis )

* Masukkan semua bahan2 di atas,kemudian kacau rata. Simpan di dalam peti sejuk sebelum dihidangkan.