Friday, 2 December 2011

Nasi Beriani and Potato Salad ;)


Inilah yang saya masak sempena birthday my son yang ke 7 semalam.Actually ada lagi 2 dishes,tapi tak sempat nak tangkap gambar. Here are the recipes for nasi beriani & potato salad.

Nasi Beriani 
6 cawan beras basmathi ( sukatan air : 1 cawan beras = 1 cawan air )
Rempah 3 sekawan
1 sudu besar rempah beriani ( saya guna brand FAIZA )
1 sudu besar jus oren ( tp saya guna jus lemon )
1 ketul gula batu
1 ketul kiub ayam
6 ulas bawang besar ( dikisar )
3 ulas bawang putih ( dikisar )
Air
Daun pudina
1/2 cawan susu cair
Minyak sapi ( untuk menumis )
Pewarna kuning telur

Cara memasak :
1. Panas minyak sapi, tumis bawang merah, bawang putih dan rempah 3 sekawan. Goreng sampai wangi dan naik bau.
2. Masukkan rempah beriani dan kacau rata.
3. Masukkan air, garam,daun pudina, gula batu, kiub ayam, jus oren/lemon dan masak hingga mendidih.
4. Selepas mendidih, masukkan susu cair dan beras basmathi tadi ke dalam periuk. Kacau rata dan biarkan kering.
5. Bila dah kering , titiskan sedikit pewarna kunig pada nasi. Tutup dan biarkan hingga nasi betul-betul masak.

< Potato Salad >
1. 3 biji kentang ( potong dadu,then rebus )
2. Plain yogurt
2. Yellow mustard sauce
3. Sedikit garam
4. Daun bawang
5. 1 biji bawang besar ( hiris nipis )

* Masukkan semua bahan2 di atas,kemudian kacau rata. Simpan di dalam peti sejuk sebelum dihidangkan.

1 comment:

  1. whose, selain tu antaranya alleys backpackers, yang dekat pascal hyper square pun ada tapi dorm la, 10 min jalan kaki ke Pasar Baru

    ReplyDelete